Tutup

50 pelajar Politeknik Balik Pulau sakit perut dipercayai keracunan

50 pelajar semester satu Politeknik Balik Pulau dikejarkan ke Hospital Balik Pulau, Pulau Pinang dipercayai mengalami keracunan makanan. Kesemua mangsa dipercayai mengalami keracunan sejak jam 4 petang Rabu selepas menghadiri program taklimat mengundi yang dianjurkan Suruhanjaya Pilihan Raya di institut terbabit.