50 peratus cukai pelancongan kepada negeri wajar - Nazri

Pembahagian cukai pelancongan 50-50 antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dijangka dapat meningkatkan sektor pelancongan negeri, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Saluran terus cukai sebanyak RM5 itu kepada kerajaan negeri adalah wajar kerana mereka lebih mengetahui apa yang perlu dilakukan bagi memajukan sektor pelancongan masing-masing.