Tutup

54 wanita warga asing tawar khidmat seks diberkas

Anggota Polis Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen - IPK Kuala Lumpur berjaya menahan 54 warga asing yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di sekitar ibu negara pada awal pagi Khamis. Mereka telah dikesan menjalankan aktiviti haram tersebut di kelab-kelab malam dengan menawarkan perkhidmatan pada kadar RM400 hingga RM900 semalam.