Tutup

584 tahun penjara, 146 sebatan untuk lelaki seleweng dana biasiswa

Seorang bekas Pembantu Tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dijatuhi hukuman penjara 584 tahun dan 146 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana melakukan pecah amanah dana biasiswa pelajar sekolah berjumlah lebih RM2.4 juta. Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Hanafi Ismail, 31 tahun, selepas tertuduh mengaku bersalah atas 146 pertuduhan yang mengambil masa hampir dua jam untuk dibacakan.