Tutup

5G mampu ubah industri utama Malaysia lebih berdaya saing

Teknologi 5G akan menjadi pemacu utama dalam menghubungkan rakyat Malaysia selain mengubah industri utama seperti pembuatan, pertanian dan penjagaan kesihatan untuk terus berdaya saing di peringkat global. Sehubungan itu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia tidak boleh ketinggalan ketika negara menuju ke era Industri 4.0 dengan impak teknologi canggih dapat melonjakkan kemajuan negara.