6 Jan 2020 tarikh perbicaraan bersama kes Najib, Irwan Serigar

Perbicaraan bersama kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah telah ditetapkan untuk bermula pada 6 Januari tahun depan. Kedua-dua bekas pegawai kanan kerajaan itu berdepan enam pertuduhan pecah amanah berhubung wang berjumlah RM6.64 bilion.