60 orang dirawat di dua hospital

Kira-kira 60 mangsa menerima rawatan selepas mempunyai tanda-tanda jangkitan di saluran pernafasan susulan isu kematian misteri Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang. Menurut Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr. Zaini Hussin separuh daripada jumlah itu dirawat di Hospital Gua Musang dan selebihnya di Hospital Kubang Kerian.