62 ekor gajah ceroboh ladang

Sembilan kakitangan Jabatan Hidupan Liar Sabah terpaksa bertungkus lumus bagi menghalau 62 ekor gajah yang menceroboh ladang dan kebun di Ulu Segama, Lahad Datu sejak seminggu lalu. Lebih mencabar, kawanan gajah itu berpecah kepada lima kumpulan kecil.