Tutup

7 remaja perempuan bergaduh ditahan polis

Polis bertindak menahan tujuh pelajar perempuan yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di kawasan Padang Bandaran, di Lahad Datu, pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, video yang menunjukkan pergaduhan antara suspek yang berusia antara 14 hingga 17 tahun itu tular di media sosial.