70% daripada peruntukan Bajet 2018 bagi pembangunan Sarawak

Kerajaan Sarawak memperuntukkan 70% daripada RM8.226 bilion peruntukan Bajet 2018 untuk perbelanjaan pembangunan. Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Tun Openg berkata, secara keseluruhannya, Bajet 2018 bertujuan membangunkan ekonomi negeri ke tahap yang lebih baik.