Tutup

8 bahagian anggota badan manusia ditemui dalam semak

Polis menemui lapan keratan anggota badan manusia dipercayai milik lebih dari seorang individu yang dibuang ke dalam semak di kawasan perindustrian, Krubong berhampiran Kampung Ladang, Melaka petang Khamis. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, keratan anggota badan tanpa pakaian itu ditemui oleh seorang pemotong rumput dan dipercayai telah meninggal dunia sejak lima hari lalu.