8 bekas pemimpin UMNO termasuk 6 wakil rakyat Sabah sertai Bersatu

Lapan bekas pemimpin UMNO Sabah termasuk enam wakil rakyat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang pelancaran rasmi parti itu di Sabah 6 April ini. Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kad keahlian parti kepada mereka di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.