80 mangsa banjir Teluk Intan masih di Pusat Pemindahan Sementara

Kira-kira 80 orang penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah Hilir Perak dan Kampar masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada Ahad malam. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, 66 penduduk yang kebanyakkannya dari Kampung Batu 7 Setengah, Teluk Intan terdiri daripada 16 keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Jong.