80 peratus kemalangan disumbang faktor manusia

Statistik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya MIROS mendedahkan faktor kesilapan manusia menyumbang kepada lebih 80 peratus kemalangan yang sering berlaku di lebuh raya. Ketua Pengarah MIROS Dr Siti Zaharah Ishak, berkata faktor letih dan mengantuk menyebabkan pemandu hilang tumpuan dan menyumbang kepada kemalangan.