82 peratus Orang Asli terima perubatan moden

Sebanyak 82 peratus Orang Asli menerima kaedah perubatan moden untuk rawatan diri dan keluarga. Ketua Laboratori Kesejahteraan dan Kesihatan Sosial Belia IPSAS UPM, Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, ia sekali gus menunjukkan Orang Asli tidak menolak apa sahaja pembaharuan terutama dalam pemodenan cara hidup mereka.