Tutup

825 pegawai, anggota PDRM siap siaga kawal di Stadium Nasional Bukit Jalil

Polis Diraja Malaysia (PDRM) siap siaga dengan kekuatan 825 pegawai dan anggota untuk berkawal di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi pertemuan final Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dengan Vietnam Selasa ini. Kata Ketua Polis Kuala Kumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, ia melibatkan 655 petugas keselamatan dan 170 petugas trafik yang akan mula berkawal pada jam 2.30 petang.