864 unit Rumah Selangorku di Cyberjaya siap 2021

Sebanyak 864 unit rumah termasuk empat unit Mesra Orang Kurang Upaya (OKU) Selangorku Idaman Residensi kini dalam pembinaan di Selangor Cyber Valley (SCV). Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pembinaan di bawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor itu dijangka siap sepenuhnya pada 2021.