99.9 peratus dokumen berkaitan Rosmah diserahkan kepada pembelaan

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dimaklumkan hampir 99.9 peratus dokumen berkaitan kes isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa atas 17 tuduhan melibatkan diri telah diserahkan kepada pihak pembelaan. Ia membabitkan 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).