Tutup

'Abang Botak' beraya dalam penjara

Seorang pembantu stor yang digelar 'Abang Botak' oleh warganet terpaksa menyambut Aidilfitri di dalam penjara selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini menjatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana melakukan khianat dengan memecahkan cermin sebuah kereta. Majistret, Nur Shahira Abdul Salim membuat keputusan itu terhadap Danial Abdullah Tan selepas menerima pengakuan salah tertuduh.