Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim kekal Presiden dan Timbalan Presiden Pas

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mengekalkan jawatan masing-masing selepas pencalonan bagi pemilihan parti itu ditutup kira-kira tiga minggu lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh, berkata bagi jawatan Naib Presiden pula menyaksikan empat calon menawarkan diri bagi merebut tiga jawatan berkenaan.