Tutup

Acara Drone GP buktikan kreativiti dan kemahiran rakyat Malaysia

Yayasan Inovasi Malaysia dengan kerjasama Average Drone RC mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan acara Drone GP pertama di Malaysia, sempena Ekspo Inovasi dan Ekonomi Kreatif Kebangsaan 2017 di Technology Park Malaysia Bukit Jalil hari ini. Menurut Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Teknologi Drone yang semakin popular dilihat menjadi satu lagi peluang mengalakkan rakyat Malaysia meningkatkan kemahiran dan mempamerkan kreativiti masing-masing dalam bidang berteknologi tinggi.