Tutup

Ada peluang untuk PH kekalkan kerusi DUN Semenyih

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusuf yakin calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali boleh memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Sabtu ini. Menurut Redzuan, keyakinan beliau itu berdasarkan analisa yang dibuatnya sepanjang tempoh kempen PRK itu.