Tutup

Ada pihak manipulasi kemalangan lebuhraya utara selatan - Polis

Polis memandang serius tindakan segelintir pihak yang dikesan memanipulasi kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, Sabtu lepas dengan mengaitkan sentimen perkauman dalam kejadian itu. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata perkara sedemikian boleh menjejaskan perpaduan masyarakat dan ketenteraman awam di negara ini.