Tutup

Ada pihak tertentu cuba polemikkan isu tulisan Jawi

Mohd Redzuan tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan mempolemikkan isu pengenalan tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan, SJK. Bagaimanapun katanya, apa yang penting polisi kerajaan jelas memberi pilihan kepada rakyat dengan menyerahkan kepada keputusan ibu bapa dan murid di SJK untuk melihat keperluan dan kepentingan tulisan Jawi.