Tutup

Ada tanda halal tetapi kotor, restoran diarah tutup

Sebuah restoran yang beroperasi di Jalan Metro Perdana Timur 3 di Kepong, di sini, diarahkan tutup selama dua minggu kerana didapati beroperasi dalam persekitaran kotor. Perkara itu dibongkar menerusi operasi bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di sekitar Kepong, hari ini. Pengarah KPDNHEP WPKL, Ummi Nasrah Othman berkata, tiga buah premis telah diperiksa dalam pperasi yang bermula jam 12.30 tengah hari.