Tutup

Ada yang salah guna pinjaman TEKUN beli motor, perabot

Ada yang menyalahgunakan pinjaman Tabung Keusahawan Nasional (TEKUN) dengan membeli barang yang tidak ada kena-mengena dengan perniagaan mereka seperti membeli motor dan perabot. Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Dr Hatta Ramli walaupun kes yang dilaporkan itu agak terpencil, agensi berkenaan akan memastikan kriteria pinjaman diperketatkan agar ia benar-benar efektif dalam membantu mengembangkan perniagaan di peringkat kecil dan sederhana.