Adakah kita tidak mengambil iktibar?

189 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh 11 hari Op Selamat dilancarkan bermula 29 Mei lalu sempena Aidilfitri. Sepanjang tempoh itu, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad berkata, sebanyak 18,053 kemalangan membabitkan 25,532 kenderaan dilaporkan di seluruh negara.