Adakah MIC juga berpatah arang dengan UMNO?

Susulan kenyataan Presiden MIC Tan Sri Sa Vigneswaran baru-baru ini bahawa parti itu tidak akan bertanding di Port Dickson. Kini timbul persepsi bahawa ia merupakan protes terhadap UMNO. Ini berikutan UMNO dikatakan membuat kenyataan secara terbuka untuk bertanding di kerusi itu, walaupun masih belum ada kata sepakat dari mesyuarat majlis tertinggi Barisan Nasional, BN.