Adakah penyokong MCA dan Pas sedia bekerjasama?

Keputusan MCA yang mahu bekerjasama dengan semua parti pembangangkang termasuk Pas, di pilihanraya kecil DUN Balakong dilihat hanya sebagai satu ujikaji untuk berdiri sendiri tanpa menggunakan logo Barisan Nasional. Namun, menurut Penganalisis Sosio-Politik USM, Prof Dr Sivamurugan Pandian, persoalannya sejauh mana penyokong MCA dan Pas bersedia untuk kerjasama ini.