Adakah perintah berkurung bagi remaja benar berkesan?

Pelaksanaan rintis perintah berkurung bagi remaja di bawah umur 18 tahun perlu dilakukan untuk beberapa bulan sebelum keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya. Pakar Psikologi Kanak-Kanak, Profesor Dr Mariani Md Nor berkata, ia bagi membolehkan satu kajian dilakukan dalam memastikan tahap keberkesanan peraturan ini kepada kanak-kanak dan remaja.