Video  |  Malaysia

Adam Rosly didakwa cuba tipu pegawai SPRM

Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah, 30 tahun di dakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menggunakan dokumen serta memberi keterangan palsu kepada pegawai SPRM. Dia didakwa dengan enam pertuduhan iaitu dua mengikut seksyen 32 (8) (C) Akta pencegahan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram 2001 manakala empat lagi mengikut seksyen 89 Akta yang sama.