Tutup

Adaptasi kaedah SL1M, tawar pekerjaan kepada graduan

Kerajaan negeri Perak terbuka untuk mengambil inspirasi daripada Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bagi menarik lebih banyak syarikat dalam menawarkan peluang pekerjaan kepada lepasan graduan di negeri itu. Justeru Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata saranan tersebut kini dibuka kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau sektor swasta untuk berkerja sama dengan Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA).