Affin Islamic beri tumpuan kepada segmen PKS

Affin Islamic Bank Bhd memberi tumpuan kepada segmen pasaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sebagai antara enjin pertumbuhan utama syarikat pada tahun hadapan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nazlee Khalifah berkata, Affin Islamic bercadang untuk mewujudkan sekurang-kurangnya dua produk pembiayaan baharu pada tahun hadapan, khusus kepada pelanggan PKS.