Agenda AWANI: Inisiatif terbaru JAKIM dalam memantapkan kajian piawaian halal

Apabila menyebut tentang isu halal, permakanan adalah fokus utama. Oleh itu, terdapat pelbagai inisiatif baharu yang diusahakan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), dengan berganding bahu bersama institusi-institusi pengajian serta agensi yang berkenaan dalam memantapkan kajian mereka dalam piawaian pensijilan halal.