Agenda AWANI: Usaha SL1M dalam membantu "OKU viral"

Suatu ketika dahulu, program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) digemparkan dengan kedatangan si ibu yang menghidap kanser dan anaknya yang berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) ke program mereka di Ayer Keroh, Melaka. Si ibu berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu anaknya dan kisah tersebut telah tular di media sosial dan berjaya menyentuh hati netizen. Norashikin Datuk Hj Ismail, Ketua Sekretariat SL1M, berkongsi apakah usaha yang telah dilakukan oleh SL1M dalam membantu si ibu dan anak tersebut.