Agenda Bumiputera Baharu dinamakan Pelan Kemakmuran Bersama

Agenda Bumiputera Melayu Baharu yang dinamakan Pelan Kemakmuran Bersama akan dirangka dengan penglibatan semua pihak. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan antara yang terlibat termasuk badan-badan ekonomi Melayu, dewan-dewan perniagaan semua kaum, pemain industri, ahli-ahli korporat, pakar-pakar ekonomi, badan-badan profesional, pertubuhan bukan kerajaan serta parti anggota Pakatan Harapan.