Tutup

Agihan RM25 juta SAR, SAP, SAN ikut keperluan - Maszlee

Peruntukan tambahan RM25 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Persendirian (SAP) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) yang berdafar akan diagihkan mengikut keperluan, keutamaan serta potensi pengembangan sekolah. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata langkah itu membantu kementerian mengoptimum penggunaan dana yang diperuntukkan bagi tujuan penyelenggaraan dan mengurus sekolah terlibat.