Agong berkenan ziarah jenazah Allahyarham Dahlan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Datuk Dahlan Zainuddin di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, hari ini. Penyanyi era 70-an yang popular dengan lagu kisah seorang biduan itu meninggal dunia pada pukul 9.48 malam Selasa di Hospital Selayang.