Agong dukacita tindakan persoal agensi Islam

Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menzahirkan harapan kepada seluruh institusi agama Islam supaya sentiasa berada di landasan yang kukuh, mantap dan berkesan. Baginda bagaimanapun, dukacita atas sikap pihak tertentu yang cuba memperkecilkan dan memberi gambaran negatif terhadap kewujudan agensi-agensi Islam pada masa kini.