Agong, Permaisuri ketepikan protokol istana, berbuka bersama rakyat

Air katira, satar, puding raja, murtabak dan pulut panggang antara juadah yang dibeli Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di bazar Ramadan Mahkota Square, Kuantan. Baginda yang berkenan mencemar duli untuk berbuka puasa bersama rakyat Pahang di Padang MPK, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di bazar itu pada 6.50 petang.