#AgongKita: Isu elaun kritikal bomba dapat perhatian Agong

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan akan mencadangkan kepada kerajaan untuk memberikan elaun kritikal kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Baginda menzahirkan keprihatinan terhadap nasib anggota bomba dalam isu pemberian elaun kritikal sebanyak RM200 sebulan yang sehingga kini belum dapat dimuktamadkan.