Tutup

#AgongKita: Yang Di-Pertuan Agong baharu selamat ditabal

Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai ketua negara, Sultan Pahang Al-Sultan, Al-Sultan Abdullah Ri?ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, 60 tahun, selamat ditabal sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-16 dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran raja-raja Melayu di Istana Negara. Istiadat pertabalan itu menandakan bermulanya secara rasmi pemerintahan lima tahun Al-Sultan Abdullah sebagai ketua negara Malaysia.