Tutup

Ahli desak pimpinan PKR beri penjelasan berhubung e-voting

PKR didesak memberi penjelasan berhubung permasalahan yang timbul berhubung sistem e-voting pada pemilihan PKR di Pulau Pinang. Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat Dr Afif Bahardin berkata berdasarkan pemerhatian yang dibuatnya pada pemilihan parti di cabang di seluruh Pulau Pinang ramai ahli parti tidak berpuas hati dengan perjalanan proses pemilihan tersebut. Ini kerana pihaknya mendapati Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR kurang bersedia untuk melaksanakan pemilihan itu berikutan terdapat pelbagai masalah.