Tutup

Ahli kumpulan geng 36 dikehendaki polis ditembak mati

Seorang lelaki anggota kumpulan geng 36 yang diburu polis ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Simpang Kampung Jerung, Jalan Kuala Ketil dekat Sungai Petani awal pagi tadi. Suspek berkenaan dikehendaki polis selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh, pengedaran dadah dan samun bersenjata.