Ahli NGO direman bantu siasatan kes bakar kilang

Seorang ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes khianat kebakaran kilang kitar semula plastik yang berlaku pada 18 April lalu. Perintah reman terhadap lelaki berusia 34 tahun itu dikeluarkan Penolong Perdaftar, Mahkamah Majistret Sungai Petani, Nurul Aina Ahmad bermula hari ini sehingga 17 Mei bagi membantu siasatan berkaitan kejadian itu.