Ahli Parlimen, masyarakat sivil beri input pindaan Akta MKN - Anwar

Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus akan membentangkan cadangan pindaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada Kabinet, sebelum sesi sidang Dewan Rakyat akan datang. Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selain pandangan ahli-ahli Parlimen, cadangan kepada pindaan Akta MKN itu akan turut merangkumi pandangan daripada masyarakat sivil.