Ahli Parlimen Sandakan baharu ziarah pusara bapa

Ahli Parlimen Sandakan yang baharu dipilih pada Sabtu, Vivian Wong Shir Yee memulakan pagi pertama sebagai wakil rakyat, mengotakan janjinya untuk menziarahi pusara bapanya mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt. Vivian ditemani ibunya, Datin Florence Chong Mee Fook dan anggota keluarga lain serta rombongan DAP Sandakan, melawat pusara mendiang bapanya di Perkuburan Kristian Sandakan.