Ahmad Idham rancang eksport bakat Malaysia ke luar negara

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang baharu Ahmad Idham, merancang untuk memberi fokus dalam membangunkan bakat keseluruhan mereka yang terlibat dalam industri ini. Selain itu beliau juga merancang bukan sahaja filem, tetapi kesemua tenaga yang terlibat seperti pelakon, pekerja belakang tabir, dan penggiat seni lain juga dapat menembusi pasaran luar negara.