Ahmad Maslan 'kecut perut', beri laluan Mahathir mencelah

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula buat julung kali bangkit berdiri mencelah dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat. Beliau mencelah sewaktu Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) membahaskan Kertas Putih 'Ke Arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan (Felda)'. Dr Mahathir merujuk dirinya sebagai ahli Parlimen Langkawi untuk berdiri meminta pencerahan.