Ahmad Zahid beri keterangan kepada SPRM buat kali ke-4

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada jam 9.15 pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan sebuah yayasan. Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, diambil keterangan oleh SPRM selepas diarahkan hadir oleh badan pencegah rasuah itu minggu lalu.